Jenis Dadah
Ketahui jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan serta kesannya terhadap kesihatan fizikal, mental dan kehidupan sosial. Maklumat ini bertujuan memberi kesedaran dan membantu tindakan awal.
Stimulan
Stimulan ialah sejenis bahan (dadah atau ubat) yang merangsang sistem saraf pusat (Central Nervous System, CNS) maksudnya ia meningkatkan aktiviti otak dan badan.
Opiat
Opiat ialah sejenis dadah yang berasal daripada tumbuhan popi (Papaver somniferum) dan bertindak ke atas sistem saraf untuk mengurangkan kesakitan serta memberi rasa tenang atau khayal.
Ketum
Ketum ialah sejenis tumbuhan tropika yang nama saintifiknya Mitragyna speciosa, dan daunnya digunakan sebagai bahan yang memberi kesan kepada sistem saraf.
Inhalan
Inhalan ialah bahan kimia yang disedut melalui hidung atau mulut dalam bentuk wap/gas untuk mendapatkan kesan pada sistem saraf pusat (CNS).
Halusinogen
Halusinogen ialah sejenis bahan (dadah) yang mengubah cara seseorang melihat, mendengar, dan merasai realiti.
Ganja
Ganja ialah sejenis dadah yang berasal daripada tumbuhan Cannabis dan mengandungi bahan aktif utama dipanggil THC (tetrahydrocannabinol) yang memberi kesan kepada otak.
New Psychoactive Substance
Bahan sintetik yang direka untuk meniru kesan dadah tradisional, tetapi mempunyai risiko tinggi kerana kandungan dan kesannya tidak menentu.
Kenapa pilih kami?
Membantu residen kembali pulih melalui pendekatan holistik dan berteraskan nilai keagamaan.
Pemulihan Berasaskan Kerohanian
Memberi penekanan kepada amalan keagamaan dan pembentukan nilai diri sebagai asas perubahan.
Program Berstruktur & Konsisten
Aktiviti harian yang tersusun membantu residen membina disiplin dan gaya hidup sihat.
Sokongan Kaunseling
Sesi kaunseling individu, keluarga dan kelompok untuk membantu proses pemulihan secara menyeluruh.
Hubungi Kami Sekarang!
RUMAH SAHABAT
Pusat Pemulihan Dadah Persendirian
Lot No 422 Kampung Haji Tamby,
Jalan Hulu Langat,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan