PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN

LANGKAH BAHARU KE ARAH KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

 

Setiap perjalanan pemulihan bermula dengan harapan.
Kami percaya bahawa setiap individu berhak diberikan peluang untuk berubah,
pulih dan membina masa depan yang lebih baik bersama sokongan yang betul

Di Bawah Penyeliaan

Klien Dibantu

Tahun Pengalaman

%

Klien Mengekalkan Kepulihan 2023 - 2025

Klien Dibantu

Tahun Pengalaman

%

Klien Mengekalkan Kepulihan 2023-2025

MATLAMAT KAMI

Membantu individu yang menghadapi masalah penagihan dadah untuk bebas daripada belenggu ketagihan
serta membentuk kehidupan baharu yang lebih sihat, bermakna, dan bermanfaat kepada Tuhan, diri sendiri,
keluarga, masyarakat, dan manusia sejagat

Tentang Kami
PEMULIHAN SEPANJANG HAYAT

BAGAIMANA KAMI MEMBANTU

Pasukan kami terdiri daripada individu yang pernah melalui sendiri pengalaman penagihan dan memahami cabaran pemulihan dari sudut yang lebih mendalam. Di Rumah Sahabat, kami percaya bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar berhenti daripada dadah, tetapi membina semula kehidupan yang lebih bermakna, stabil, dan bebas daripada kebergantungan.

%

Seramai 85% daripada klien Rumah Sahabat telah berjaya mengekalkan kepulihan mereka dan menjalani kehidupan yang lebih stabil serta bebas daripada kebergantungan dadah. Di Rumah Sahabat, perjalanan pemulihan tidak terhenti selepas tamat rawatan. Kami terus berhubung dengan bekas klien melalui sokong bantu berterusan, bimbingan, dan pemantauan bagi memastikan mereka sentiasa mendapat kekuatan serta sokongan dalam mengekalkan pemulihan.

FASA PEMULIHAN DAN RAWATAN

DETOKSIFIKASI

Berhenti daripada pengambilan dadah secara mendadak boleh memberi kesan yang menyakitkan serta membahayakan kesihatan fizikal dan mental. Di Rumah Sahabat, proses detoksifikasi dijalankan dengan selamat di bawah pengawasan dan pemerhatian staf kami yang berpengalaman bagi memastikan setiap residen menerima sokongan dan penjagaan yang diperlukan sepanjang proses pemulihan.

PENILAIAN

Selepas melalui pemeriksaan kesihatan dan sesi konsultasi peribadi, pasukan kami akan menyediakan pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keadaan serta keperluan residen. Pendekatan ini membantu memastikan setiap residen menerima rawatan, sokongan, dan bimbingan yang lebih sesuai untuk membantu proses pemulihan.

PELAN PEMULIHAN

Pendekatan pemulihan di Rumah Sahabat berasaskan kesejahteraan secara menyeluruh yang merangkumi aspek biologi, psikologi, sosial, dan spiritual. Kami percaya bahawa pemulihan yang berkekalan memerlukan keseimbangan antara kesihatan fizikal, kestabilan emosi, hubungan sosial yang sihat, serta pengukuhan hubungan dengan Tuhan.

Melalui pemakanan yang seimbang, persekitaran yang tenang dikelilingi flora dan fauna, sokongan keluarga yang berterusan, serta penghayatan nilai-nilai kerohanian, kami menyediakan ruang yang kondusif untuk proses pemulihan dan pembangunan diri.

RAWATAN

Program pemulihan kami menggabungkan sokongan terhadap aspek fizikal dan psikologi bagi memastikan proses pemulihan yang lebih menyeluruh. Residen akan dibimbing melalui proses pengurangan kebergantungan terhadap dadah secara berperingkat dan selamat, sambil menerima terapi yang membantu mengenal pasti pencetus emosi, punca ketagihan, serta faktor-faktor yang mendasari masalah penagihan.

Pendekatan bersepadu ini membolehkan residen bukan sahaja berhenti daripada penggunaan dadah, malah memahami diri dengan lebih mendalam, membina ketahanan diri, dan mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan yang sihat serta bebas daripada ketagihan dalam jangka masa panjang.

AFTERCARE

Di Rumah Sahabat, kami percaya bahawa proses pemulihan tidak berakhir apabila seseorang menamatkan rawatan dalaman. Sebagai sebahagian daripada perjalanan pemulihan yang berterusan, residen diberi pilihan sama ada untuk memulakan pekerjaan di bawah pengawasan dan bimbingan kami atau meneruskan kehidupan secara berdikari setelah tamat rawatan.

Kami terus menyediakan sokongan, panduan, dan ruang rujukan kepada bekas residen apabila diperlukan bagi membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan selepas rawatan. Rumah Sahabat sentiasa mengalu-alukan kepulangan bekas residen untuk berkongsi pengalaman, mendapatkan sokongan tambahan, serta mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap kehidupan yang bebas daripada ketagihan.

Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap individu bukan sahaja pulih, tetapi juga mempunyai rangkaian sokongan yang kukuh untuk mengekalkan kejayaan pemulihan dalam jangka masa panjang.

DARI KEHILANGAN KEPADA KEHIDUPAN BAHARU

"SATU LANGKAH BARU DALAM KEHIDUPAN BERSIH"

Kesedaran tentang bahaya penggunaan dadah banyak mengubah hidup saya untuk membentuk corak baru dalam kehidupan. Rumah Sahabat merupakan platform terbaik bagi saya dalam hidup ini untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan yang bersih.

Khairul A. – 2024

"SATU WAKEUP CALL UNTUK HIDUP SAYA"

Sejujurnya, Rumah Sahabat bukan sahaja tempat recovery untuk saya, Ia adalah lebih kepada like satu wake up call untuk hidup saya. Kat sini saya banyak tersentuh pasal hubungan dengan Allah SWT, belajar balik macam mana nak cari ketenangan, disiplin diri, dan jadi manusia yang lebih baik dari sebelum ini. Bukan setakat stop benda lama, tapi betul-betul bina diri dari dalam.

Ali Z. – 2025

"SETIAP INSAN MASIH ADA PELUANG"

Di sini saya belajar yang setiap insan masih ada peluang. Peganglah peluang kedua itu walaupun ianya hanya sebesar cebisan kain.

Muhammad L. – 2025

PROGRAM BERFOKUSKAN HASIL DENGAN REKOD KEJAYAAN TERBUKTI

Matlamat program rawatan ketagihan kami adalah untuk melengkapkan anda dengan ilmu, teknik pemulihan, serta sistem sokongan yang kukuh agar anda mampu meneruskan kehidupan harian yang stabil dan bermakna walaupun selepas tamat tempoh rawatan bersama kami