FAQ (Frequently Asked Questions)
Ketahui lebih lanjut tentang pusat kami
Soalan Am
Soalan yang sering ditanya oleh pelbagai pihak
Apakah Program yang ada di Rumah Sahabat
Di Rumah Sahabat kami mengutamakan kepentingan pendidikan spiritual berasaskan modul tabligh, program kesihatan bersama PKD, OSCA, penternakan, pertanian, bersukan, penempatan kerja (aftercare) dan banyak lagi
Adakah Rumah Sahabat dikelilingi pagar
Di Rumah Sahabat kami percaya dengan konsep pemulihan tanpa paksaan, jadi kawasan kami tidak mempunyai pagar
Apakah aktiviti yang ada di Rumah Sahabat
Kami mempunyai pelbagai aktiviti di Rumah Sahabat seperti kursus pekerjaan, agama (smart solat, qurban, pengurusan jenazah, membaca Iqra’ dan Al-Quran) aktiviti pertanian, penternakan, perikanan, sukan, nasyid, dan kolaborasi bersama komuniti luar
Bagaimanakah keadaan fasiliti di Rumah Sahabat
Rumah Sahabat mempunyai fasiliti yang lengkap untuk membantu setiap residen untuk mendapatkan rawatan yang holistik
Bolehkah Pihak luar yang bukan waris atau ahli keluarga residen datang melawat
Pihak luar boleh datang melawat ke Rumah Sahabat dengan syarat perlu menghubungi pihak kami terlebih dahulu untuk mendapatkan tarikh dan waktu untuk melawat
Berapakah success rate kepulihan di Rumah Sahabat tinggi
85 % daripada tahun 2024 – 2026
Soalan Kemasukan
Perkara kebiasaan mengenai kemasukan ke tempat kami
Adakah residen akan dikenakan seksyen 7 rekod peribadi dalam sistem undang-undang
Oleh kerana kami ialah Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) Residen kami tidak akan dikenakan apa-apa rekod daripada mana-mana badan kerajaan
Adakah Rumah Sahabat menerima residen yang mempunyai penyakit kronik / penyakit berjangkit
Rumah Sahabat akan melakukan proses penapisan dahulu sebelum menerima residen yang mempunyai penyakit kronik/berjangkit
Adakah Rumah Sahabat menerima residen yang mempunyai isu kesihatan mental
Proses penilaian akan dijalankan dahulu sebelum boleh diterima sebagai residen dan rawatan hospital yang sewajarnya akan diberikan
Berapakah peringkat umur yang boleh daftar sebagai Residen
18 hingga 50 tahun, bagi yang belum capai atau lebih dari umur tersebut boleh didaftarkan dengan budi bicara pihak pentadbiran Rumah Sahabat
Bolehkah Residen menyambung belajar atau berkerja dari dalam Rumah Sahabat sewaktu menjalani rawatan?
Di Rumah Sahabat kami membenarkan residen kami untuk sambung belajar dan berkerja dari dalam institusi kami selepas menjalani tempoh fasa yang telah ditetapkan
Bolehkah individu yang mempunyai Pemerhatian Sementara (PS) AADK / Polis menjalankan rawatan di Rumah Sahabat?
Di Rumah Sahabat kami membenarkan residen yang mempunyai Pemerhatian Sementara untuk menjalankan rawatan dengan syarat perlu mendapatkan Borang 5 (Pemindahan Tetap) ke AADK Kajang atau Balai Polis Batu 14.
Bolehkah individu yang masih lagi mempunyai kes di Mahkamah menjadi Residen
Di Rumah Sahabat kami membenarkan untuk menerima residen yang mempunyai kes mahkamah, namun jika individu itu telah melarikan diri daripada kes mahkamah dan mempunyai waran tangkap, kami tidak menerima sebagai residen sebelum menjalankan prosedur yang sepatutnya
Soalan Pemulihan & Keadaan
Soalan kebiasaan di dalam fikiran dalam pemulihan bersama kami
Adakah banyak terjadi kes buli di Rumah Sahabat
Tidak, kami di Rumah Sahabat mempraktikkan menjaga budaya keharmonian berasaskan modul tabligh dan spiritual
Adakah budaya sub-culture penjara diimplementasikan di Rumah Sahabat
Tidak, kami di Rumah Sahabat mempraktikkan menjaga budaya keharmonian berasaskan modul tabligh dan spiritual
Bolehkah keluarga datang melawat
Keluarga / Waris boleh datang melawat ke Rumah Sahabat pada hujung minggu, dari 8 pagi sehingga 5 petang, selepas klien telah menjalani program pemulihan selama 1 bulan
Berapa lamakah tempoh rawatan di Rumah Sahabat
Tempoh rawatan di Rumah Sahabat secara minimum ialah 8 bulan hingga 2 tahun
Bagaimanakah layanan staf kepada residen di Rumah Sahabat
Staf kami telah menjalani latihan khusus dan diperakui sebagai Certified Recovery Specialist
Bolehkan Residen memiliki perkakas elektronik seperti telefon bimbit dan laptop
Di Rumah Sahabat kami tidak membenarkan apa-apa peranti yang boleh mengakses ke internet atau menghubungi orang luar (iPad, iPod, Telefon bimbit, Laptop dan lain-lain)
