TESTIMONI

TESTIMONI

KISAH YANG MENGUBAH KEHIDUPAN

Pengalaman sebenar daripada bekas residen dan keluarga yang telah melalui perjalanan pemulihan bersama Rumah Sahabat.

Alhamdulillah dapat menjalani hidup yang lebih baik dan sangat sihat

M. Fathi

2025

Terima kasih kepada rumah sahabat kerana membekalkan ilmu untuk saya kekal pulih hingga ke hari ini

Wan M.

2025

Di Rumah Sahabat saya temukan tujuan sebenar hidup dan menjadi manusia yang lebih berguna

Khawari

2025

Rumah Sahabat telah menyedarkan aku betapa tenangnya hidup di dunia luar tanpa dadah

Muhamad I.

2025

Kepulihan semasa di RS sangat mengesankan untuk diadaptasikan di luar.

M. Radzuan

2025

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rumah sahabat kerana membantu saya menjadi seorang yang berguna

Kamarul A.

2025

Alhamdulillah syukur selalu,asbab rumah sahabat juga saya dapat memperbaiki kesilapan dan kelemahan hidup #dadahdurjana

Abdul F.

2025

Alhamdulillah, Rumah Sahabat banyak mengajar saya erti sabar dan kuat. Terima kasih pada semua yang banyak tolong dan support saya

Muhamad H.

2025

Di sini saya belajar yang setiap insan masih ada peluang. Peganglah peluang kedua itu walaupun ianya hanya sebesar cebisan kain

Muhamad L.

2025

Saya menjadi lebih menghargai kehidupan,lebih bertanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat serta  rakan2 sekeliling.

Norzahidi

2025

Rumah Sahabat membuka hati dan kesedaran bahawa peluang untuk bangkit sentiasa ada “Hasbunallahi wani’mal wakil”

Muhammad H.

2025

Di Rumah Sahabat saya menemukan setiap ujian membina kekuatan, kepercayaan kepada diri, usaha berterusan membawa masa depan yang cerah

Mor A.

2025

Pemulihan di Rumah sahabat telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik dan membuat saya lebih focus terhadap masa depan saya. Terima kasih Rumah sahabat !

Tuan M.

2025

Alhamdulillah Selama 3 tahun di rumah saya , saya dapat didikan disana Dari segi rohani Dan jasmani serta mendapat kesedaran diri seawal 2 tahun menjalani rawatan

Fauzan

2025

Saya Bersyukur dan berterima Kasih Dengan ada nya pusat permulihan Rumah Sahabat Perubahan dan Kebahagian Saya untuk menjadi Insan yang berguna Kepada Masyarakat.

#Kata Kan Tidak Kepada Dadah

Muhammad F.

2025

Kesedaran tentang bahaya penggunaan dadah banyak mengubah hidup saya untuk membentuk corak baru dalam kehidupan. Rumah Sahabat merupakan platform terbaik bagi saya dalam hidup ini untuk memulakan langkah baru dalam kehidupan yang bersih.

Khairul A.

2025

RUMAH SAHABAT adalah tempat pemulihan dadah di Hulu Langat, yang memberi satu kehidupan yang lebih baik kepada bekas penagih yang ingin pulih dalam kepulihan mereka. Rawatan kepulihan semasa di RS dapat memberikan sinar baru dan impak yang positif dalam hidup saya setelah tamat rawatan.

Nur A.

2025