PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN

Menyokong Perjalanan Anda Ke Arah Kehidupan Baharu

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pemulihan untuk residen serta sokongan kepada individu, keluarga, komuniti, dan organisasi dalam usaha membina kehidupan yang bebas daripada ketagihan.

Perkhidmatan Kaunseling

Kami menyediakan sesi kaunseling profesional yang bertujuan membantu individu dan keluarga menghadapi cabaran penagihan serta membina semula kehidupan yang lebih stabil dan sihat.

Kaunseling Individu

Sesi secara peribadi antara klien dan kaunselor untuk memahami punca masalah, mengurus emosi serta merancang perubahan positif.

Kaunseling Keluarga

Membantu ahli keluarga memahami situasi penagihan serta memperbaiki komunikasi dan sokongan dalam keluarga.

Kaunseling Kelompok

Sesi bersama individu lain yang menghadapi cabaran sama bagi berkongsi pengalaman dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Kaunseling Penagihan

Fokus kepada pemulihan ketagihan dengan pendekatan berstruktur untuk membantu klien mengawal kebergantungan dan mencegah relaps.

Program Sokongan

Aktiviti berstruktur yang memberi sokongan berterusan termasuk sesi motivasi, pengisian kerohanian dan pembangunan diri.

Aktiviti Komuniti

Aktiviti komuniti yang menggalakkan interaksi sosial sihat, kerjasama serta pembinaan keyakinan diri dalam kalangan residen.